Ahad, 13 Januari 2013

Wawa Zainal Semakin Diminati Ramai

wawa-zainal-2013
Pelakon yang sedang meningkat naik, Wawa Zainal, kini semakin diminati ramai. Manakan tidak, dengan wajahnya yang cantik manis berlesung pipit ditambahkan lagi dengan bakat lakonan yang hebat maka tidak hairanlah jika dia seringkali mendapat tawaran untuk berlakon drama, iklan dan juga filem.
Wawa Zainal juga boleh dikatakan bertuah kerana bernaung di bawah Metrowealth Pictures (MIG). Rasanya banyak juga artis di bawah naungan MIG sebelum ini yang sudah berjaya menempa nama di dalam bidang seni tanahair, antaranya ialah Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Yana Samsudin.
Biarpun dikenali ramai, namun kelibat Wawa di dada media cetak dan elektronik membuatkan dia seakan tenggelam dengan cerita terbaru dari selebriti lain.
“Saya tak nafikan, kesibukan saya di set penggambaran membuatkan cerita saya jarang dikeluarkan di media cetak. Namun bagi saya, ia bukan satu masalah besar kerana kalau boleh biarlah cerita yang keluar di media, berkaitan karier sahaja,” ujarnya kepada Zass.
Wawa juga tidak terlepas dengan cerita kontroversi di awal kemunculannya, sehingga ada beberapa pihak melabelkan dia sebagai gadis yang sosial.
wawa-zainal
“Saya tak nafi kan pada mulanya saya agak tertekan dengan cerita negatif tentang diri saya. Tapi saya melihat ia dari sudut positif dan saya sedar, saya adalah public figure. Jadi saya ambil keputusan untuk mengubah diri saya.
“Saya tidak lagi berpakaian seksi dan rela habiskan masa saya di set penggambaran, daripada keluar tanpa sebab. Lakonan adalah sumber rezeki saya, jadi lebih baik saya menjaga periuk nasi saya dan mengorbankan masa bersosial saya.
“Bagi saya sekarang, apa yang penting, kita ikhlas dengan apa yang kita buat dan saya percaya lama kelamaan kita akan berjaya,” katanya yang mengimpikan untuk terjun ke bidang pengacaraan.

Tiada ulasan: