Selasa, 8 Januari 2013

Liyana Jasmay Mula Edar Kad Kahwin

liyana-jasmay-tunang.jpg
Penyanyi dan juga pelakon yang popular dengan lagu 'Aku Tak Percaya Cinta' iaitu Liyana Jasmay kini sedang meniti hari untuk disatukan dengan tunangannya Fathudin Mazlan. Pasangan yang sama cantik dan sama padan ini akan diijabkabulkan pada 2 Februari 2013 dan majlis persandingan turut diadakan pada hari yang sama.
IMG_1651.JPG
Khabarnya, Liyana sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin beliau kepada 100 media terpilih dan 2,000 tetamu jemputan untuk ke majlis tersebut.
liyana-jasmay-bertunang.jpg
Majlis persandingan mereka dikhabarkan akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada sebelah malamnya.Manakala majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 9 Februari 2013 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: