Rabu, 13 Februari 2013


Fizz Fairuz Selamat Bertunang Dengan Peminat!

fizz-fairuz-tunang-2
Agak mengejutkan, tiba-tiba kita mendapat berita mengenai Fizz Fairuz telah pun bertunang pada 10 Februari baru-baru ini.
fizz-fairuz-tunang-1
Nampaknya ini memang kes kejutan berganda. Pertama terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz ni, keduanya terkejut sebab Fizz Fairuz bukan bertunang dengan Almy Nadia.
Ya, Fizz Fairuz kini telah pun bertunang dengan seorang gadis yang bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar.
fizz-fairuz-tunang
Azlyn Massiela adalah merupakan seorang ahli kelab peminat Fizz Fairuz yang berasal dari Kuantan, Pahang. Walauapapun, tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana telah selamat bertunang tempohari.
Berbalik kepada Almy Nadia pula, apa yang telah terjadi sebenarnya? Berikut adalah petikan kata Almy menerusi laporan di Harian Metro.
almy-nadia-2013
Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.
Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.
Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.
Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah. – Almy Nadia
Dalam pada itu, Almy juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai orang lain punca Fizz Fairuz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

Jumaat, 8 Februari 2013

Drama Setia Hujung Nyawa: Perkara Yang Perlu Anda Tahu

drama-setia-hujung-nyawa
Drama Setia Hujung Nyawa yang mendapat sambutan hangat jutaan penonton, kini sudah sampai ke episod akhir.
Biarpun mendapat sambutan yang hangat, kami pasti masih ada yang tidak berkesempatan untuk menonton atau kadang-kadang saja tonton atau mungkin juga tak tahu langsung pasal drama Setia Hujung Nyawa ni.
Baiklah, bagi anda yang ingin tahu, disini kami kongsikan perkara yang perlu anda tahu mengenai drama Setia Hujung Nyawa.
1. Drama ini adalah adaptasi daripada sebuah novel berjudul Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 mukasurat ini kini dalam proses cetakkan ulangan. Boleh beli secara online di sini
2. Drama Setia Hujung Nyawa berjumlah 28 episod keseluruhannya diarah oleh Emi Maziah dan nukilan skrip pula oleh Wan Mahani serta diterbitkan oleh Suhan Movies. Disiarkan menerusi Slot Akasia TV3 bermula 24 Disember 2012 yang lalu pada setiap hari Isnin – Khamis jam 7 Malam.
3. Atas permintaan pengarah, pelakon utama lelaki, Amar Asyraf (27) yang membawakan watak Zain Hakimi telah mengorbankan rambut panjang dan kerintingnya untuk tampil dengan imej baru untuk drama ini.
4. Pelakon utama wanita, Nelydia Senrose (18) yang membawakan watak sebagai Ersalina masih lagi menuntut di peringkat ijazah di sebuah kolej dalam jurusan Psikologi.
5. Watak Eriza sebenarnya tidak wujud di dalam novel Setia Hujung Nyawa.
6. Watak Ersalina dibahasakan sebagai Lina di dalam novel. Manakala di dalam drama sebagai L.

7. Sinopsis Novel Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
sidang-media-setia-hujung-nyawa

8. Watak Pelakon Dalam Drama Setia Hujung Nyawa

Amar Asyraf – Zain Hakim
Nelydia Senrose – Ersalina Imani
Sherry Ibrahim – Eriza
Talha Harith – Hadi
Hairul Azreen – Iqram
Chacha Maembong – Zehra
Zila Bakarin – Datin Adibah
Raja Ema – Puan Haliza
Hilal Azman – Ayah Ersalina
Ryzal Jaafar – Zakuan
Sura Sojangi – Sofea
Bea Rameshan – Dr.Suria
setia-hujung-nyawa-2

9. Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
setia-hujung-nyawa-3
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain.

Sinopsis Episod

Episod 1
Episod pertama episod perkenalan , Ersalina mempunyai keluarga bahagia. Mempunyai seorang abang Zakwan, yang berkerja Juruterbang. Ersalina suka menghabiskan masa dengan kawannya Zehra. Ikram, abang Zehra cuba memikat Ersalina dalam diam. Tetapi lain pula pada keluarga Zain. Zain mencintai Sofea tetapi perhubungan mereka tidak direstui oleh mummy Datin Adibah. Pelbagai cara Datin Adibah buat agar perhubungan mereka diputuskan.
Episod 2
Perhubungan Zain dan sofea semakin tegang .Datin Adibah semakin mendesak agar Zain dapat mengubah keadaan dan cara hidup Sofea yang suka pergi ke kelab malam. Sofea tertekan bila Zain asyik mengikut telunjuk Mummynya sehingga tiada pendirian. Bila perhubungan Ersalina dan Ikram mula baik , Ersalina dikejutkan dengan berita keluarga Ikram akan berberhijrah ke luar negara.
Episod 3
Sofea lebih mendesak membuatkan Zain tertekan. Hadi sahabat zain selalu mendengar keluhan dan masalah Zain. Episod ini ditambah pasal kasut. Zain membeli kasut dan kasut yang Zain beli telah tertukar dengan kasut Ersalina. Ersalina berjanji untuk memulangkan kasut itu tetapi ada saja masalah yang menghalang. Haliza pula stress bila suaminya selalu pergi outstation ( penang ) dan dia mengesyaki suaminya sesuatu yang tak kena.
Episod 4
Ersalina terus menanti berita dari Ikram tapi tiada jawapan. Haliza dikejutkan dengan berita Ersalina mengandung. Datin Adibah mengupah penyiasat untuk mengintip aktiviti Sofea. Datin Adibah kecewa kerana Sofea tetap dengan aktivitinya ke kelab malam. Sofea menghilangkan diri setelah bertengkar dengan Zain. Tarikh perkahwinan mereka semakin hampir Datin Adibah sibuk mencari pengganti Sofea. Sehingga Datin Adibah bertemu dengan Ersalina.
Episod 5
Datin Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya. Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Ayah dan abang Ersalina terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami.
Episod 6
Ini episod yang manis , Bermulalah kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak …. goreng ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan dirumah sendiri.
Episod 7
Zain banyak menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady. Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk meluahkan. Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu.
Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.
Episod 9
Akhirnya Zain meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan Ersalina bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan tentukan bila mereka akan bersama.
setia-hujung-nyawa-1
Episod 10
Hari yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin dengan Zain.
Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina.
Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik – baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah.
Episod 13
Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya. Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati Zain amat seronok bila Hady berbuat sedemikian.
Episod 14
Ersalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang rumah tangganya.
Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.
setia-hujung-nyawa-5
Episod 16
Seperti yang dipersetujui Zain dan Ersalina pergi berbulan madu, disana mereka lebih banyak bertengkar dalam masa yang sama Zain meluahkan , dia kecewa kerana Ersalina menipu dirinya disaat Zain mula menerima dan menyayanginya. Hady pula memantau apa yang berlaku diantara Zain dan Ersalina. Zain masih tak sedar niat jahat hady yang cuba menangguk di air yang keruh. Ikram pula tidak berputus asa merayu agar Ersalina kembali kepadanya. Ersalina mula lemas dengan desakan dan rayuan dari Ikram. Mama Ersalina risau jika sesuatu yang tak baik berlak pada Ersalina .
Episod 17
Setelah pulang dari berbulan madu Ersalina dan Zain pergi ke rumah mummy Zain. Mummy Zain mendesak agak Zain cepat cepat ada anak. Zain dalam terpaksa memujuk mummy dan berjanji akan memberi cucu secepat mungkin. Dalam perasaan sayu bila mendengar Zain memujuk mummynya. Ikram yang tak pernah putus asa mengejar Ersalina walaupun dia tahu harapan untuk memiliki Ersalina tipis. Walau bagaimana pun Ikram telah menyuarakan dia ingin berjumpa dengan Zain dan ingin memberitahu yang Ersalina pernah mengandungkan anaknya.
Episod 18
Hidup Ersalina lebih derita bila pulang dari berbulan madu. Zain sengaja menyakitkan hatinya supaya hatinya puas. Ersalina dapat menghidu perhubungan Zain dan Eriza. Itu semua sengaja semata-mata membuat Ersalina sakit hati. Ikram terus-terusan mengugut Ersalina. Pelbagai rayuan tidak pernah diindahkan. Ini membuat hidup Ersalina lebih tertekan .
Episod 19
Hady sengaja mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah sebagai mengambil hati Mummy Zain.
Episod 20
Zain terkejut bila kawan baik Ersalina , Zehra datang rumah. Zehra menasihatkan abangnya Ikram janagn ganggu rumah tangga Ersalina. Zain membakar semua DVD yang Ikram bagi pada Ersalina. Erisa pula mula rapat dengan Zain. Ikram nampak Zain bersama Eriza keluar bersama dan mendatangkan rasa cemburu pada Ikaram. Hady terus meracuni fikiran Ersalina agar Ersalina minta cerai dari Zain kononnya Zain dah tak sayang pada Ersalina dan Zain kini sudah ada orang lain.
setia-hujung-nyawa-6
Episod 21
Segala curiga mama Ersalina dan ayahnya terlerai, bila sangkaan suaminya ada hubungan dengan perempuan lain. Akhirnya Zain memberitahu Hady dia ingin menerima Ersalina seadanya. Hady terkejut, Hady memberi pendapat agar Zain mengenal pasti kenapa Ersalina kian berubah. Hary sering mengintip Ersalina dirumah dan terlihat seorang lelaki selalu bersama Ersalina. Dalam masa yang sama Zain melihat Ersalina bersama Ikram dikedai Kek Mama Ersalina. Tambah mengejutkan lagi bila Zain pulang kerumah Ikram turut sama ada dirumahnya.
Episod 22
Zain dapat merasakan Ersalina menyembunyikan sesuatu. Kehadiran Ikram kerumah tidak disenangi oleh Zain. Zain mengajak Ersalina berpindah kerumah baru. Zain kebilik Ersalina kerana terkejut Ersalina terjatuh lalu pengsan kerana takut darah. Kerana luka didahinya Ersalina bermalam di hospital. Zehra memarahi Zain kerana lalai. Ikram pula mengamuk pada Zain tapi dihalang oleh Ersalina.
Episod 23
Zain keluar bersendirian tanpa arah dan secara kebetulan bertembung dengan Erisa . Erisa mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang berlaku atas hasutan Hady .Ersalina begitu kecewa dengan apa yang berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.
Episod 24
Selepas apa yang berlaku Zain dan Ersalina hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang entah bila akan sedar.
setia-hujung-nyawa-4
Episod 25
Ersalina di sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk terus berjumpa dengan Zain.
Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama .
Haliza juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Episod 26
Ersalina terkejut bila Zain memberitahu dia perlu menemani mummynya bercuti selama seminggu. Walaupun berat hati, Ersalina terpaksa akur dengan harapan Zain dapat memujuk mertuanya.
Zain nampak hamper bayi dan bertanya pada Ersalina. Ersalina katakan Hady beberapa kali ke kedai kek mamnya. Zain mula cuak dan cemburu, pergi menyerang Hady. Zain tuduh Hady memang sengaja bocorkan rahsia rumahtangganya kepada Datin Adibah sebab nak rampas Ersalina.
Namun Hady menafikan sekeras-kerasnya dan minta Zain lebih hargai Ersalina kalau tak mahu perkara itu menjadi kenyataan. Sepanjang perjalanan, Zain langsung tak ceria. Datin Adibah saja bercerita itu ini.
Di resort, Zain dan Datin Adibah Puan Sri Muna sudah menanti dan perkenalkan kepada Eriza. Eriza yang berbaju kurung dan anggun nampak sopan dan berbudi bahasa melayan mereka. Datin Adibah terus terpikat pada Eriza. Eriza tenang saja. Zain sudah dapat menghidu rancangan mummynya terus naik bilik.
Datin Adibah minta maaf dan menjelaskan emosi Zain sedang terganggu dan minta Eriza bersabar dengan Zain. Bila Puan Sri Muna bertanya lanjut tentang Zain, Datin Adibah ceritakan Zain sedang mengahadapi masalah rumahtangga dan perlukan isteri yang sepadan dengannya seperti Eriza.
Puan Sri Muna senyum dengan harapan itu. Di belakang Datin Adibah, Puan Sri Muna mengarahkan Eriza memikat Zain untuk kepentingan bisnes mereka serta melarikan diri daripada Rizal. Eriza akur kerana juga sudah terpikat pada Zain. Eriza menghubungi kawannya di KL menyiasat latar belakang Zain. Eriza senang hati bila mendengar Zain juga dulu kaki clubbing sepertinya dan merancang untuk memikat Zain dengan cara itu.
Zain sedang tidur di biliknya terjaga bila terhidu bau perfume menusuk hidungnya. Eriza sudah duduk di birai katilnya dengan senyum menggoda. Zain terkejut dan tak tahan nak muntah bangkit cepat ke bilik air dan tertolak Eriza hingga jatuh berdebuk.
setia-hujung-nyawa-7
Episod 27
Zain muntah. Bila keluar, Eriza menggodanya dengan kelembutan belaian Eriza dan hampir tergoda tapi cepat sedar. Eriza mengajaknya keluar jalan-jalan. Kerana tak mahu Eriza terus berada di biliknya, Zain terpaksa akur. Zain terbaring lesu, hairan kenapa dia berasa mual dan muntah-muntah begitu.
Eriza membawa Zain bersiar-siar di pantai untuk mengenali hati budi Zain. Dari perbualan mereka, Eriza tahu Zain tak tenang jiwanya tapi mampu dipikatnya.
Datin Adibah terserempak dengan 3 orang anak arwah adik iparnya, Zaid iaitu Haziq, Haqem dan Hafeq. Isteri baru Zaid iaitu Ekin (awal 30-an) turut bersama mereka. Zain terkejut besar bila terpandangkan Ekin. Ekin ialah cinta pertamanya.
Rizal terus mendesak Eriza untuk berkahwin dengannya. Eriza beri pelbagai alasan hinggakan Rizal syak Eriza sudah ada lelaki lain tapi Eriza menafikannya.
Datin Adibah mengajak Zain keluar membeli belah bersama Puan Sri Muna dan Eriza tapi Zain menolak dengan alasan pening kepala. Bila ditanya lanjut, Zain ceritakan rasanya yang mual-mual dan muntah-muntah. Hati Datin Adibah terdetik juga, mungkin betul anak dalam kandungan Ersalina ialah anak Zain kerana Zain yang mengalami pembawaan budak. Tapi Datin Adibah tetap dengan egonya mengajak Zain ikut sekali.
Ketika Puan Sri Muna membeli belah bersama Datin Adibah, Eriza memujuk Zain ke sebuah kelab malam. Walaupun hati menolak, tapi zahirnya Zain tak dapat menolak pujukan Eriza yang lembut dan amat berhemah.
Ersalina di rumah, berdoa agar Zain dilindungi sentiasa dan cuba call Zain tapi tak berjawab. Zain tak sangka Eriza sampai mabuk-mabuk teruk. Kononnya sekejap saja dan minum coke tapi sudahnya begitu. Kerana rasa bertanggungjawab Zain membawa Eriza balik. Walaupun ditegah oleh kawan-kawan Eriza namun Zain bawa juga, takut dipersalahkan oleh Puan Sri Muna nanti.
Ketika dalam perjalan pulang, Eriza yang tak sedarkan diri tiba-tiba terjaga nak muntah. Zain terpaksa berhenti dan membiarkan Eriza keluar muntah sendiri. Ketika itulah Ersalina telefon. Dalam serba salah Zain menjawab juga walaupun sudah 3 pagi. Ketika berbual, Eriza masuk dan merengek cakap penat dan nak tidur. Ersalina yang mendengarnya sebak dan terus matikan talian. Zain kalut dan cuba telefon semula tapi tak berjawab.
Episod 28 – Akhir
Akan diupdate kemudian.













Isnin, 21 Januari 2013

Teman Lelaki Yuna Mendalami Agama Islam

Ura-ura yang mengatakan bahawa Yuna telah menemui pengganti kekasih lamanya, Qi Razali mungkin benar kerana Yuna tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan jurugambar Julian Schratter yang berasal dari California, Amerika Syarikat.
"Memang benar saya sedang berkawan dengan Julian. Hanya berkawan. Tapi sekiranya ada jodoh dengan dia, adalah", ujar Yuna.

Tambah Yuna, perbezaan agama dan budaya tidak menjadi penghalang untuk dia berkawan dengan jejaka berbangsa Inggeris itu kerana Yuna percaya setiap manusia adalah sama.

"Saya sekeluarga tidak suka bersikap 'judgmental'. Kita semua tak kira bangsa dan agama adalah sama. Lagipun, agama Islam ini mudah. Sesiapa saja boleh mendalami Islam", katanya.
Baru-baru ini, jurugambar tersebut telah memuat naik gambar buku-buku yang memberi inspirasi kepadanya di dalam akaun Instagram. Di atas buku-buku tersebut terdapat senaskah Al-Quran.

Keterangan gambar tersebut berbunyi "The bottom book has not been made yet. The rest are inspirations and influences. The top one I have not tapped into yet…but I'm sure the time will come". Secara ringkas, Yuna turut mengakui bahawa lelaki itu sedang mendalami agama Islam.

Biarpun ramai yang ingin tahu tentang kisah percintaannya, namun bai penyanyi ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan pada kerjaya kerana percaya dia tidak mempunyai banyak masa untuk dipersiakan.

"Saya sudah berusia 27 tahun, jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya", tambah Yuna.

Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Verve Music Group di mana pemenang Grammy, David Foster merupakan pengerusi bagi syarikat rakaman tersebut.

Dalam pada itu, Yuna turut teruja kerana meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem animasi terbaru terbitan DreamWorks Animation yang bertajuk 'The Croodz'.