Isnin, 21 Januari 2013

Teman Lelaki Yuna Mendalami Agama Islam

Ura-ura yang mengatakan bahawa Yuna telah menemui pengganti kekasih lamanya, Qi Razali mungkin benar kerana Yuna tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan jurugambar Julian Schratter yang berasal dari California, Amerika Syarikat.
"Memang benar saya sedang berkawan dengan Julian. Hanya berkawan. Tapi sekiranya ada jodoh dengan dia, adalah", ujar Yuna.

Tambah Yuna, perbezaan agama dan budaya tidak menjadi penghalang untuk dia berkawan dengan jejaka berbangsa Inggeris itu kerana Yuna percaya setiap manusia adalah sama.

"Saya sekeluarga tidak suka bersikap 'judgmental'. Kita semua tak kira bangsa dan agama adalah sama. Lagipun, agama Islam ini mudah. Sesiapa saja boleh mendalami Islam", katanya.
Baru-baru ini, jurugambar tersebut telah memuat naik gambar buku-buku yang memberi inspirasi kepadanya di dalam akaun Instagram. Di atas buku-buku tersebut terdapat senaskah Al-Quran.

Keterangan gambar tersebut berbunyi "The bottom book has not been made yet. The rest are inspirations and influences. The top one I have not tapped into yet…but I'm sure the time will come". Secara ringkas, Yuna turut mengakui bahawa lelaki itu sedang mendalami agama Islam.

Biarpun ramai yang ingin tahu tentang kisah percintaannya, namun bai penyanyi ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan pada kerjaya kerana percaya dia tidak mempunyai banyak masa untuk dipersiakan.

"Saya sudah berusia 27 tahun, jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya", tambah Yuna.

Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Verve Music Group di mana pemenang Grammy, David Foster merupakan pengerusi bagi syarikat rakaman tersebut.

Dalam pada itu, Yuna turut teruja kerana meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem animasi terbaru terbitan DreamWorks Animation yang bertajuk 'The Croodz'. 

Rabu, 16 Januari 2013

Akibat Hina Islam, Patrick Teoh Terima Padah!

zed-zaidi-ac-mizal
elakon komedi, Patrick Teoh dikatakan telah memuatnaik satu kenyataan yang telah menyentuh sensitiviti penganut agama Islam di Malaysia menerusi laman Facebook-nya semalam.
patrickteoh-facebook
Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Patrick Teoh itu telah bertindak menghentamnya bertalu-talu di laman sosial sejak semalam.
Dan beberapa artis tempatan yang tidak berpuas hati juga turut melahirkan rasa marah terhadap kenyataan tersebut, antaranya ialah Dato’ AC Mizal, Tomok, Danny X-Factor dan Zed Zaidi.
twitter-ac-mizal-2
twitter-ac-mizal-1
Kenyataan menghina Islam itu walaubagaimanapun telah dipadamkan oleh Patrick Teoh dan permohonan maaf telah dibuat menerusi Facebook-nya.
patrickteoh-3
patrick-teoh-5
Difahamkan, kenyataan itu dibuat Patrick Teoh kerana mengkritik peraturan Kerajaan Pas Negeri Kedah yang mengenakan undang-undang yang ketat terhadap penampilan artis tempatan bagi persembahan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah pada 15 Februari depan.
Berhubung perkembangan yang terkini, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman Malaysia telah mengumumkan di laman Twitter miliknya bahawa pihak Seniman akan memberi ‘kejutan’ pada Patrick Teoh. Dalam tulisannya, Zed Zaidi berkata, “Esok 17 Januari 2013 jam 1.30 tengah hari SENIMAN akan buat Kejutan kepada PATRICK TEO! kerana MENGHINA ISLAM Tunggu!”.
twitter-zed-zaidi-4

Selasa, 15 Januari 2013

Golden Disk Awards 27: Senarai Keputusan Penuh Pemenang – Hari Pertama

gda2013-golden-disk-awards-27-day-1
Acara hari pertama anugerah Golden Disk Awards ke 27 telah pun berakhir malam semalam. Dan pemenang untuk 11 kategori yang dipertandingkan juga telah pun diumumkan.
Jika anda belum tahu siapakah yang telah berjaya, apa kata anda lihat senarai keputusan penuh pemenang Golden Disk Awards ke 27 – untuk hari pertama ini:
gda2013-golden-disk-awards-27
ALBUM OF THE YEAR
Sexy, Free and Single by SUPER JUNIOR
GOLDEN DISK AWARD ALBUM DIVISION
INFINITE, B1A4, CN Blue, 4Minute, BEAST, KARA, Super Junior, SHINee
NEW RISING K-POP STAR
EXO-K dan Juniel
MSN SOUTHEAST ASIA AWARD
Super Junior
JTBC BEST ARTISTE
BEAST
MALAYSIA’S MOST FAVORITE
CN Blue dan KARA
NEXT GENERATION STAR
BTOB
MOST POPULAR STAR
SHINee
PRODUCER OF THE YEAR
FNC Entertainment
BEST DANCE PERFORMANCE
Trouble Maker
BEST GROUP PERFORMANCE
INFINITE

GDA27: Gambar Bintang K-Pop di Karpet Merah

golden-disk-award-kara
golden-disk-award-super-junior
golden-disk-award-4-minute
golden-disk-award-FT-island
golden-disk-award-exo
golden-disk-award-cn-blue
golden-disk-award-btob
golden-disk-award-beast
golden-disk-award-B1A4

Isnin, 14 Januari 2013

Liyana Jasmay Akan Pindah Ke Sabah Selepas Kahwin

liyana-jasmay-nikah
Liyana Jasmay telah mengesahkan dia akan berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah selepas berkahwin nanti bagi mengikut bakal suaminya yang bekerja di sana.

Liyana Jasmay, 25 dan tunangnya Fathuddin Mazlan, 29 bakal bernikah pada 2 Februari 2013 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.
Berhubung majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi, Liyana Jasmay telah memilih untuk tidak menerima sebarang tajaan bagi majlisnya itu biarpun menelan kos yang agak tinggi.
“Ramai yang datang untuk memberikan tajaan pelamin, dekorasi, fotografi dan sebagainya tetapi saya tolak dengan baik kerana ingin melakukan semuanya sendiri.”
“Saya mahu sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan lebih dekat dengan jiwa semua yang hadir. Apabila saya buat pilihan sendiri, saya rasa puas tanpa perlu memikirkan hati atau keuntungan pihak lain”
Bercerita lanjut tentang gaun pengantin pula, Liyana Jasmay bakal menggayakan gaun pengantin hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal  Jovian Mandagie.
“Perkara lain pun penting juga tetapi bagi saya, paling penting adalah gaun pengantin. Walaupun saya sibuk belajar di New York selama enam bulan, saya sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini gaun pengantin saya yang dibuat oleh pereka fesyen, Jovian Mandagie.”
“Pelamin semuanya ringkas sahaja. Kecuali gaun pengantin saya (ketawa). Sudah lama saya idamkan gaun rekaan Vera Wang tetapi ia sangat mahal, jadi saya minta Jovian membuat gaun mengikut kehendak saya. Apa yang saya boleh katakan gaun yang dibuat Jovian itu merupakan pakaian pengantin impian saya,”
Liyana Jasmay dijangka akan terbang ke New York selepas selesai majlis perkahwinannya nanti bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem khas untuk Astro.
“Saya akan berada di sana selama 15 hari dan akan bawa Fathuddin sekali. Jadi, sambil bekerja kami pergi berbulan madu ekspres (ketawa)”
Petikan kata: Kosmo

Ahad, 13 Januari 2013

‘Kahwin 5’, Filem Komedi Tiada Lucunya
Sebahagian pelakon Kahwin 5 (dari kiri) Anzalna Nasir, Norish Karman, Usop Wilcha dan Adrea bersama pengarah Nizam Zakaria dan penerbit Jaja Nadzir.

APABILA sebut pasal topik ‘bermadu’, filem arahan seniman agung Tan Sri P. Ramlee iaituMadu Tiga pantas adegan-adegannya menerpa minda.
Begitu kuat impak naskhah komedi terbitan 1964 itu, ia terus segar dan ‘hidup’ dalam ingatan sekalian penggemar filem Melayu sehingga kini.
Justeru, apa jua karya yang menyusul selepas itu, perbandingan dengan filem tersebut tidak boleh dielakkan.
Hal sama terjadi kepada filem kedua pengarah baru Nizam Zakaria yang berjudul Kahwin 5.
Lihat pada tajuk sahaja, sesiapa pun dapat menduga filem ini berkaitan dengan kehidupan hidup bermadu.
Pemilihan tema yang bersifat matang dan dewasa ini sememangnya satu pendekatan yang berlainan daripada persembahan lazim majoriti pengkarya kita.
Inisiatif Nizam mengangkat subjek itu wajar dipuji biarpun persembahan filem ini tidak semantap yang diharapkan.
Tanpa perlu kita membuat perbandingan, apa yang dipaparkan dalam Kahwin 5 baik pada plot atau komedinya boleh dianggap baik tetapi longgar.
Longgar yang dimaksudkan di sini adalah naratif dan skrip yang kurang kemas serta elemen komedi yang sederhana.
Bukan komedi tidak menjadi tetapi mungkin pada kebanyakan waktu, jenaka yang ditawarkan klise dan sudah diramalkan terlebih awal.
Para pelakon yang menggalas watak masing-masing juga beraksi pada tahap sederhana.
Usop Wilcha yang merupakan nadi filem ini memainkan peranannya dengan baik sebagai usahawan Dr K.
Penterjemahan Usop yang digambarkan sebagai lelaki beristeri empat yang miang agak meyakinkan walaupun ia boleh menjadi lebih baik dengan bimbingan lakon layar yang terperinci.
Setidak-tidaknya, penonton dapat melihat lakonan Usop yang ‘lari’ daripada stail komedi klisenya sebelum ini.
Pun begitu, penonjolan Usop itu tidak diimbangi dengan baik oleh empat aktres yang menggalas watak isteri Dr K iaitu Saadiah(Dian P. Ramlee), Sahara (Adrea Abdullah), Monalisa (Norish Karman) dan Mimi (Marsha Londoh).
Filem kedua arahan Nizam tidak sebaik karya pertamanya, Cinta Kura-Kura.
Karisma Dian bagai dicuri oleh kekalutan lakonan tiga lagi aktres iaitu Adrea Abdullah, Norish Karman dan Marsha Londoh.
Sementara kehadiran Anzalna sebagai Farra dilihat bagai mengisi senarai pelakon dan Fizz Fairuz (Rahim) serta Soffi Jikan (Cico) pula ‘tersekat’ dengan lakonan yang sudah berpuluh kali dipertontonkan pada filem atau drama lain.
Momentum cerita yang huru-hara ini semakin merosot dan menjadi terburuk pada babak akhir iaitu pernikahan paksa antara Dr K dan Farra.
Mungkin kerana terlalu mahu menyuntik komedi, pengarahnya terlepas pandang bahawa himpunan semua karakter di penghujung babak itu bagaikan babak di pasar borong.
Lucunya tak terasa, yang nampak hanya kelam-kabut dan kekecohan.
Secara ringkas, filem komedi ini mengisahkan usahawan mangkuk plastik bernama Dr K lakonan Usop Wilcha yang hidup bahagia bersama empat isteri iaitu Saadiah (Dian P. Ramlee), Sahara (Adrea Abdullah), Monalisa (Norish Karman) dan Mimi (Marsha Londoh).
Bagaimanapun, kedatangan Dr. K bersama pemandu peribadinya Rahim (Fizz Fairuz) ke cawangan syarikatnya di Johor Bahru, Johor atas urusan kerja bertukar menjadi kemelut hitam yang memporak-perandakan hidupnya.
Gara-gara sikap mata keranjangnya, Dr K terjebak dalam masalah besar apabila dia bertemu setiausaha jelita bernama Farra (Anzalna Nasir).

FILEM: Kahwin 5 - Miang Lawan Pailang
ARAHAN: Nizam Zakaria
LAKONAN: Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Dian P. Ramlee, Norish Karman, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah, Marsha Londoh
GENRE: Komedi, kekeluargaan
DURASI: 1 jam 21 minit
EDARAN: United Studios
TAYANGAN: Bermula 27 Disember 2012
'Argo' Diumumkan Filem Terbaik Anugerah Golden Globe
Ben Affleck

LOS ANGELES: Filem Argo arahan dan lakonan Ben Affleck memenangi Filem Terbaik anugerah Golden Globe ke 70 pada kemuncak acara pra-Oscar Hollywood yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan).
Affleck turut memenangi Pengarah Terbaik untuk filem itu.
Karya berkenaan berkisar tentang misi ejen perisikan Amerika Syarikat untuk membebaskan enam diplomat negara itu yang mendapat perlindungan di kediaman duta Kanada di Tehran, Iran semasa krisis pada tahun 1979.
Sementara itu bagi kategori drama pula, Homeland dipilih sebagai drama terbaik anugerah berkenaan pada kali ini.
Claire Danes (kiri) dan Damian Lewis masing-masing memenangi Pelakon Wanita dan Pelakon Lelaki terbaik bagi drama Homelandpada Anugerah Gloden Globe yang berlangsung di Los Angeles, pada Ahad.
Homeland turut mencipta kejayaan apabila dua pelakonnya iaitu Damian Lewis dan Claire Danes masing-masing diumumkan sebagai aktor dan aktres terbaik.
Berikut ini senarai penuh pemenang Golden Globe 2013.
KATEGORI FILEM:
1. Filem Terbaik : Argo
2. Filem Komedi/Muzikal Terbaik: Les Miserables
3. Pengarah Terbaik: Ben Affleck – Filem Argo
4. Aktor Terbaik Drama: Daniel Day-Lewis – Lincoln
5. Aktres Terbaik Drama: Jessica Chastain – Zero Dark Thirty
6. Aktor Terbaik Muzikal/Komedi: Hugh Jackman - Les Miserables
7. Aktres Terbaik Muzikal/Komedi: Jennifer Lawrence - Silver Linings Playbook
8. Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki: Christoph Waltz - Django Unchained
9. Pelakon Pembantu Terbaik Wanita: Anne Hathaway - Les Miserables
10. Filem Luar Terbaik: Amour
11. Lakon Layar Terbaik: Django Unchained
12. Skor Asal Terbaik: Life of Pi
13. Animasi Terbaik: Brave
KATEGORI DRAMA:
1. Drama Siri Terbaik: Homeland
2. Aktres Terbaik: Claire Danes - Homeland
3. Aktor Terbaik: Damian Lewis : Homeland
4. Drama Muzikal/Komedi Bersiri Terbaik: Girls
5. Pelakon Wanita Muzikal/Komedi Terbaik: Lena Dunham - Girls
6. Pelakon Lelaki Muzikal/Komedi Terbaik: Don Cheadle - House of Lies
7. Mini Siri/Filem Terbaik: Game Change
8. Aktres Mini Siri/Filem Terbaik: Julianne Moore - Game Change
9. Aktor Mini Siri/Filem Terbaik: Kevin Costner - Hatfields & McCoys
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Maggie Smith - Downton Abbey
11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ed Harris - Game Change - AFP

RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani
Lisa Surihani

KUALA LUMPUR: Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.
Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.
“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Lisa Surihani Kekok Digelar Artis 'Stailo'
Lisa Surihani
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berasa kekok apabila dirinya dianggap sebagai artis yang bergaya (stailo) sehingga dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Stailo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.
Lisa, 27, berkata, hakikatnya dia adalah seorang wanita yang ringkas dalam penampilan dan tidak mempunyai pengetahuan atau naluri fesyen yang tinggi sejak dulu lagi.
“Biar betul saya seorang yang stailo (bergaya)? Saya sangat terkejut dan tersentuh juga apabila orang nampak saya sebagai artis yang stailo.
“Apa pun, ia satu penghargaan buat saya. Kalau ada yang mengundi saya untuk kategori itu, ia adalah sesuatu yang manis,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.
Selain kategori itu, isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini turut tercalon sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April depan di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Menyambung perbualan, Lisa berkata, pada hakikatnya dia sering menjadikan artis wanita lain sebagai sumber rujukan dalam berfesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu imej.
“Sebenarnya, lebih ramai artis wanita mempunyai penampilan fesyen lebih baik.
“Malah, saya sendiri pun menjadikan segelintir artis wanita kita sebagai rujukan seperti Scha Al Yahya, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.
“Saya adalah pengikut fesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu penampilan dalam industri kita,” katanya.
Terbaharu, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudulMaskara arahan Nizam Zakaria.
Dalam drama berkonsepkan urban itu, Lisa berlakon di samping Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.
Elfaeza Ul Haq Lawan Perasaan Sunyi Tanpa Keluarga
Elfaeza Ul Haq

KUALA LUMPUR: Pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq berkata dia terpaksa melawan perasaan sunyi kerana berjauhan daripada keluarga demi membina kerjaya di negara ini.
Elfaeza, 27, berkata, perasaan sunyi dan rindu adalah cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi sejak dia mengembangkan kerjaya di sini hampir setahun yang lalu.
“Saya seorang diri di Malaysia. Sebab itu saya sering alami perasaan rindu dan murung kerana teringatkan keluarga.
“Malah, kadang-kadang saya berasa seram dan bimbang juga kalau apa-apa berlaku ketika saya di rumah, apa akan jadi sebab saya tinggal seorang diri.
“Mujurlah, ada beberapa kenalan artis yang rapat dan menjadi tempat berbual apabila saya tiada penggambaran,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Aktres yang meraih populariti menerusi drama Adam & Hawa itu berkata, sebagai anak rantau yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dia mengakui kebanyakan waktu lapang hanya dihabiskan di rumah sahaja.
“Saya tidak keluar bersosial dan lebih selesa habiskan masa di rumah seorang diri. Kalau keluar pun dengan kawan-kawan rapat sahaja.
“Bukan apa, saya seorang yang pendiam dan tidak banyak berbual, jadi mudah segan dengan orang yang tidak rapat,” kata wanita yang berasal dari Jurong ini.
Mengenai desas-desus kononnya dia berhijrah ke negara ini kerana merajuk dengan Kota Singa itu, anak kedua dalam keluarga ini berkata, dia mencuba nasib di sini bagi mengembangkan kerjaya.
“Bukan saya merajuk dengan Singapura. Saya datang Malaysia kerana tawaran kerja di sana semakin berkurangan.
“Selepas terlibat dalam produksi drama bersiri bahasa Inggeris di sana, semakin kurang tawaran drama Melayu yang saya terima.
“Kebetulan pula, industri dan peluang di sini lebih besar, apa salahnya saya mencuba tapi jika ada tawaran di sana saya tetap akan ambil,” katanya yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Dalam Setiap Sujudnya untuk TV9.
Zed Zaidi Ditauliahkan Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela
Zed menunjukkan sijil watikah pelantikannya sebagai Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela yang diterima pada pagi Ahad. - Foto oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menyifatkan pentauliahan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada Ahad lebih bernilai daripada pengiktirafan seni.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, dia berbesar hati apabila perjuangan secara sukarela dalam mempertahankan hak anak seni tempatan sejak tahun lalu mendapat pengiktirafan kerajaan.
“Saya tidak pernah harap anugerah seni tetapi anugerah daripada kerajaan atau negara seperti ini cukup besar nilainya. Kalau dapat anugerah seni pun nilainya tidak setinggi ini,” katanya kepada mStar Online.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan Rela Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada 53 individu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta di sini, pagi Ahad.
Selain Zed, majlis itu turut memberi pengiktirafan kepada ahli politik, korporat dan individu-individu berpengaruh atas sumbangan dan tanggungjawab sosial mereka.
Zed menerima watikah pelantikan daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Majlis yang diadakan bersempena ulang tahun Rela KL ke-41 itu turut dihadiri Pengarah Rela Negeri WPKL, Aminuddin Mohd Yusof.
Mengenai pemilihan sebagai satu-satunya anak seni yang menerima pelantikan itu, Zed berkata, ia adalah pemangkin semangat untuk dia terus memperjuangkan hak anak seni secara sukarela pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, tanggungjawab sosial saya dalam memperjuangkan hak anak seni dan menentang kemasukan artis luar secara tidak sah mendapat perhatian.
“Tanggungjawab sebagai Presiden Seniman bukan mendapat gaji tetapi ia adalah sumbangan secara sukarela kepada bidang seni.
“Selepas ini, saya akan berjuang habis-habisan terutama dalam memantau kemasukan artis luar agar mereka mengikut saluran yang betul,” katanya.
Drama bersiri lakonan Zed iaitu 5 Bujang kini ditayangkan di TV1.


Hubungan Robert Pattinson, Kristen Stewart Bakal Putus
Hubungan Robert Pattinson (kanan) dan Kristen Stewart ibarat retak menanti belah.

LONDON: Hubungan cinta antara pasangan pelakon Robert Pattinson dan Kristen Stewart dilaporkan berantakan sekali lagi.
Aktor filem The Twilight dikatakan masih berdepan kesukaran untuk memaafkan kecurangan yang dilakukan Stewart ketika menjalin hubungan sulit dengan pengarah Rupert Sanders pada tahun lalu.
Menurut laporan majalah America's Life and Style, pasangan itu dilaporkan masih tidak berhenti bergaduh sehingga kini.
Malah, rakan-rakan mereka menjangkakan hubungan itu bakal berakhir tidak lama lagi.
"Hubungan mereka tidak baik. Mereka kerap bergaduh.
"Rob tidak gembira (dengan keadaan itu). Hubungan mereka hanya menunggu masa untuk berakhir," kata seorang sumber. - Newkerala.com
Nicole Kidman Mahu Anak Perempuan Jadi Penyanyi
Nicole Kidman

WASHINGTON: Aktres Nicole Kidman mendedahkan dia mempunyai naluri bahawa anak perempuannya Sunday Rose bakal mengikut jejak langkah suami, Keith Urban sebagai penyanyi.
Menurut kenyataan Kidman kepada majalah People, Rose mempunyai ton suara yang baik dan dia sangat menyokong jika anak kecil itu bergelar penyanyi kelak.
Kidman menambah, perkara terbaik mengenai perkahwinannya dengan seorang pemuzik adalah kehidupan mereka sentiasa dikelilingi muzik pada setiap masa.
Ini kerana, jelas Kidman suaminya akan bermain piano seawal pukul 7 pagi pada setiap hari. - Newkerala.com

Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke-70

Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke-70
Sebentar tadi telah berlangsungnya Golden Globe Awards Ke-70 di Beverly Hills, California. Dianjurkan Hollywood Foreign Press Association, majlis anugerah ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada karyawan seni, aktor dan aktres yang telah melakar kejayaan dalam senima filem dan televisyen di Hollywood.

Berikut adalah senarai pemenang Golden Globe Awards Ke-70:-
Best Motion Picture: Drama: Argo

Best Actress - Drama: Jessica Chastain (Zero Dark Thirty)

Best Actor - Drama: Daniel Day-Lewis (Lincoln)

Best Motion Picture - Comedy or Musical: Les Miserables

Best Actress - Comedy or Musical: Jennifer Lawrence (Silver Linings Playbook)

Best Actor - Comedy or Musical: Hugh Jackman (Les Miserables)

Best Supporting Actress: Anne Hathaway (Les Miserables)

Best Supporting Actor: Christoph Waltz (Django Unchained)

Best Director: Ben Affleck (Argo)

Best Screenplay: Quentin Tarantino (Django Unchained)

Best Animated Feature Film: Brave

Best Foreign Language Film: Amour

Best Original Score: Mychael Danna (Life Of Pi)

Best Original Song: Skyfall (Adele from "Skyfall)

Best TV Series - Drama: (Homeland)

Best Actress TV Series - Drama: Claire Danes (Homeland)

Best Actor TV Series - Drama: Damien Lewis (Homeland)

Best TV Series - Comedy or Musical: Girls

Best Actress TV Series - Comedy: Lena Dunham (Girls)

Best Actor TV Series - Comedy: Don Cheadle (House of Lies)

Best TV Miniseries or Movie: Game Change

Best Actress - TV Miniseries or Movie: Julianne Moore (Game Change)

Best Actor - TV Miniseries or Movie: Kevin Costner (Hatfields & McCoys)

Best Supporting Actress - TV Series, Miniseries, Movie: Maggie Smith (Downton Abbey)

Cecil B. Demille Award: Jodie Foster

Penampilan Pertama Dato` Siti Nurhaliza Selepas Berhijab

Penampilan Pertama Dato` Siti Nurhaliza Selepas Berhijab
Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza telah membuat penampilan sulung dengan imej berhijabnya pada majlis resepsi pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bersama pasangannya Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara, di sini sebentar tadi.
Dato Siti telah mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini dan telah disepadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut menyepadankan penampilan mempersonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Dato' Siti berkata dia cukup selesa dan bersyukur dengan penampilan bertudung litup barunya itu.
"Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini.
"Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan ini," katanya yang ditemui sejurus sahaja memasuki pintu masuk utama hotel.
Kemunculan istimewanya itu turut diserikan dengan alunan sebuah lagu romantik, Kenangan Terindah dendangan Samson sebagai hadiah buat pasangan mempelai.

Wawa Zainal Semakin Diminati Ramai

wawa-zainal-2013
Pelakon yang sedang meningkat naik, Wawa Zainal, kini semakin diminati ramai. Manakan tidak, dengan wajahnya yang cantik manis berlesung pipit ditambahkan lagi dengan bakat lakonan yang hebat maka tidak hairanlah jika dia seringkali mendapat tawaran untuk berlakon drama, iklan dan juga filem.
Wawa Zainal juga boleh dikatakan bertuah kerana bernaung di bawah Metrowealth Pictures (MIG). Rasanya banyak juga artis di bawah naungan MIG sebelum ini yang sudah berjaya menempa nama di dalam bidang seni tanahair, antaranya ialah Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Yana Samsudin.
Biarpun dikenali ramai, namun kelibat Wawa di dada media cetak dan elektronik membuatkan dia seakan tenggelam dengan cerita terbaru dari selebriti lain.
“Saya tak nafikan, kesibukan saya di set penggambaran membuatkan cerita saya jarang dikeluarkan di media cetak. Namun bagi saya, ia bukan satu masalah besar kerana kalau boleh biarlah cerita yang keluar di media, berkaitan karier sahaja,” ujarnya kepada Zass.
Wawa juga tidak terlepas dengan cerita kontroversi di awal kemunculannya, sehingga ada beberapa pihak melabelkan dia sebagai gadis yang sosial.
wawa-zainal
“Saya tak nafi kan pada mulanya saya agak tertekan dengan cerita negatif tentang diri saya. Tapi saya melihat ia dari sudut positif dan saya sedar, saya adalah public figure. Jadi saya ambil keputusan untuk mengubah diri saya.
“Saya tidak lagi berpakaian seksi dan rela habiskan masa saya di set penggambaran, daripada keluar tanpa sebab. Lakonan adalah sumber rezeki saya, jadi lebih baik saya menjaga periuk nasi saya dan mengorbankan masa bersosial saya.
“Bagi saya sekarang, apa yang penting, kita ikhlas dengan apa yang kita buat dan saya percaya lama kelamaan kita akan berjaya,” katanya yang mengimpikan untuk terjun ke bidang pengacaraan.

Hanez Suraya, Awi Rafael Impikan Majlis Perkahwinan Di Tepian Pantai

hanez-suraya-awi-rafael-bercinta
Pasangan yang sedang hangat bercinta, Hanez Suraya dan Awi Rafael mengakui hubungan mereka kini sudah melangkah ke fasa yang lebih serius setelah hampir setahun menyulam cinta.
Malah, Hanez, 27, yang pernah putus cinta sebelum ini mengakui Awi, 26, adalah lelaki terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya.
“Kami bertemu buat kali pertama ketika sama-sama terbabit dalam program Jom Heboh TV3 pada Januari tahun lalu. Saya pergi untuk mempromosikan drama terbitan TV3 dan Awi pula terbabit dalam konsert di situ.
“Awi juga menawarkan saya untuk muncul dalam muzik video terbarunya berjudul Asalkan Aku OK.
Selepas tiga bulan saling berhubung, barulah kami mengaku secara rasmi bercinta iaitu pada tanggal 31 Mac 2012. Saya juga tertarik dengannya kerana dia seorang lelaki yang romantik,” katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai fasa perkahwinan, Hanez berkata, dia meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun.
“Sebagai wanita, kita tentunya mahu letak ‘had’ usia untuk mendirikan rumah tangga. Lelaki kalau berkahwin pada usia 40 tahun pun tidak ada masalah.
Justeru, saya teringin berkahwin sebelum usia saya 30 tahun. Saya juga ingin membina keluarga dan memiliki cahaya mata sendiri. Itu cuma impian saya saja.
Kalau jodoh kami datang lebih cepat, insya-Allah. Apatah lagi, hubungan kami sudah direstui keluarga kedua belah pihak, saya rasa lebih gembira” katanya.
Dalam sesi fotografi eksklusif yang diaturkan di Lil Haven Bakery & Cafe di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur, kelmarin, Hanez yang jelita dengan busana sentuhan Wan Pa berkata, dia dan Awi sibuk mengumpul wang sebagai persiapan mereka untuk berumah tangga.
“Kami impikan majlis perkahwinan tepian pantai atau ‘beach wedding’. Jadi kami perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian perkahwinan itu.
“Jika saya sibuk berlakon siang dan malam di lokasi penggambaran, Awi pula sibuk mempromosikan album barunya.
“Pada masa sama, saya sangat berharap, peminat kami di luar sana sama-sama mendoakan rezeki kami murah dan album Awi dapat sambutan supaya perancangan untuk berkahwin dapat dipercepatkan.
Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, kami akan berkongsi berita baik itu dengan peminat,” ujarnya.
Menyentuh perkembangan karier seninya, Hanez baru kali pertama tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 mengakui, ia melakar sejarah dalam karier seninya yang hampir mencecah usia 10 tahun itu.
Dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2012, Hanez bersaing dengan empat lagi artis baru yang tidak kurang hebatnya iaitu Nad Zainal, Emma Maembong, Siti Saleha, Ainan Tasneem dan Wawa Zainal.
Bagaimanapun, dengan nada merendah diri, Hanez yang ingin lari daripada watak antagonis berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi dan hanya menyerahkan kepada penilaian peminat untuk mengundi siapakah yang layak untuk menang.
“Terima kasih kepada kelab peminat Twitter @ officialHsfc. Jika dulu susah nak cari penaja baju tapi sekarang bersusun pereka fesyen yang ingin menaja dalam pelbagai acara dan sesi fotografi.
“Begitu juga, tawaran berlakon, saya memang tidak menang tangan sekarang. Selepas pegang watak utama dalam drama Sayangku Damia bergandingan dengan Kamal Adli dan Roy Azman, saya terbabit pula dalam Slot Samarinda Ruby untuk TV3.
Menyusul selepas itu, Slot Akasia TV3, Sedetik Cinta bergandingan dengan Awal Ashaari,” katanya.
Sumber: Harian Metro

Zed Zaidi Terima Pangkat Penghargaan Daripada RELA Malaysia

zed-zaidi-majlis-anugerah

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam bentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata, majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad ini.
“Saya sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Zed berkata, majlis itu akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1 dekat sini.
Tambah Zed, pemberian pangkat itu adalah kerana sumbangan beliau terhadap aktiviti sukarela yang dilakukan melibatkan artis menerusi Persatuan Seniman yang diterajuinya selama ini.
Katanya, ia adalah satu penganugerahan yang amat besar kerana ia sebuah penghargaan kerajaan terhadapnya melebihi anugerah seni yang diterima oleh artis-artis tempatan.
“Saya bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang saya lakukan selama ini menerusi medium seni,” katanya.

Lisa Surihani Kena Tipu

lisa-surihani-2013
Lisa Surihani dengan ditemani ibunya Amira Ahmad, telah membuat satu laporan di Balai Polis Bangi pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.”
“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Dalam pada itu Lisa menepis desas-desus kononnya kes tersebut turut melibatkan keluarga sebelah mertuanya.
“Kes ini tiada kena mengena dengan pihak mertua saya. Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Danielle : Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney

DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.
Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.
Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun,” tulisnya.
Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.
Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu.-sinar harian

Rabu, 9 Januari 2013

Siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular dan membawa pulang kereta ini?
Siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular dan membawa pulang kereta ini? #abpbh2013 http://twitter.yfrog.com/oessotpj

Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012

Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama
Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Selasa, 8 Januari 2013

Yuna Bekerjasama Dengan David Foster
1985709-YUNA-Zel-Atif-Ishak-617-409.jpg
Pastinya awal tahun 2013 memberikan kenangan manis untuk penyanyi berbakat besar yang kini semakin dikenali iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna. lagu ciptaan beliau iaitu 'Terukir Di Bintang' telah pun dinobatkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-27 dan meski pun persembahannya digantikan oleh Aizat,lagu beliau yang sungguh klasik ternyata menggamit juri untuk memilihnya sebagai lagu terbaik.
Yuna-Canon.jpg
Dan ketika ini, Yuna sedang berada di Los Angeles bagi menyempurnakan album kedua beliau yang diterbitkan oleh penerbit terkenal antarabangsa, David Foster.
david-foster-malaysia.jpg
Untuk makluman, David Foster ialah pemenang beberapa anugerah Grammy, yang pernah bekerjasama dengan Christina Aguilera, Bryan Adams, The Bee Gees, Air Supply, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Mariah Carey, Charice, Chicago, Destiny’s Child, The Corrs, Neil Diamond, Celine Dion, Earth, Wind and Fire, Josh Groban, Whitney Houston, Beyonce, Janet Jackson dan Michael Jackson. Semoga perjalanan karier Yuna semakin berkembang pesat dan menaikkan lagi nama Malaysia di mata dunia.