Isnin, 21 Januari 2013

Teman Lelaki Yuna Mendalami Agama Islam

Ura-ura yang mengatakan bahawa Yuna telah menemui pengganti kekasih lamanya, Qi Razali mungkin benar kerana Yuna tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan jurugambar Julian Schratter yang berasal dari California, Amerika Syarikat.
"Memang benar saya sedang berkawan dengan Julian. Hanya berkawan. Tapi sekiranya ada jodoh dengan dia, adalah", ujar Yuna.

Tambah Yuna, perbezaan agama dan budaya tidak menjadi penghalang untuk dia berkawan dengan jejaka berbangsa Inggeris itu kerana Yuna percaya setiap manusia adalah sama.

"Saya sekeluarga tidak suka bersikap 'judgmental'. Kita semua tak kira bangsa dan agama adalah sama. Lagipun, agama Islam ini mudah. Sesiapa saja boleh mendalami Islam", katanya.
Baru-baru ini, jurugambar tersebut telah memuat naik gambar buku-buku yang memberi inspirasi kepadanya di dalam akaun Instagram. Di atas buku-buku tersebut terdapat senaskah Al-Quran.

Keterangan gambar tersebut berbunyi "The bottom book has not been made yet. The rest are inspirations and influences. The top one I have not tapped into yet…but I'm sure the time will come". Secara ringkas, Yuna turut mengakui bahawa lelaki itu sedang mendalami agama Islam.

Biarpun ramai yang ingin tahu tentang kisah percintaannya, namun bai penyanyi ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan pada kerjaya kerana percaya dia tidak mempunyai banyak masa untuk dipersiakan.

"Saya sudah berusia 27 tahun, jadi lebih baik saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya", tambah Yuna.

Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Verve Music Group di mana pemenang Grammy, David Foster merupakan pengerusi bagi syarikat rakaman tersebut.

Dalam pada itu, Yuna turut teruja kerana meminjamkan suaranya untuk lagu tema filem animasi terbaru terbitan DreamWorks Animation yang bertajuk 'The Croodz'. 

Tiada ulasan: