Isnin, 7 Januari 2013

Aizat Upload Gambar Misai Jarak Dekat Untuk Tangkis Tohmahan

Seluruh rakyat Malaysia malam tadi menyaksikan penyanyi lelaki, Aizat Amdan berjaya merangkul juara Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) dengan membawakan lagu Terukir Di Bintang hasil ciptaan penyanyi wanita, Yunalis Zarai
.
Aizat telah menggantikan tempat Yuna dalam pertandingan berprestij itu kerana Yuna tidak dapat menghadirkan diri ekoran dari jadual persembahannya yang padat di Los Angeles.

Pun begitu, Yuna tetap memberikan sokongan padu kepada rakan artisnya itu walaupun beberapa cerita negatif timbul sebelum AJL berlangsung.

Hasilnya, kepercayaan yang Yuna berikan kepada Aizat membawa tuah kerana lagu itu berjaya membuka mata ramai pihak akan bakat yang tidak ternilai ada dalam diri Yuna
.
Selain itu, malam tadi ramai juga menyaksikan aksi Aizat yang bersahaja dalam menyampaikan lagu tersebut.

Rata-ratanya memuji penampilan Aizat yang tampaknya klasik dengan dibantu oleh artis-artis di bawah Palawan.

Paling menarik perhatian adalah imej Aizat yang mempunyai misai kerana menampakkan imejnya seperti artis negara, Allahyarham P.Ramlee.

Misainya yang tebal dan berwarna hitam itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak hinggakan ramai yang mengatakan misai Aizat itu hanyalah misai palsu dan dilukis sahaja.

Tiada ulasan: