Ahad, 13 Januari 2013

Zed Zaidi Terima Pangkat Penghargaan Daripada RELA Malaysia

zed-zaidi-majlis-anugerah

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam bentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata, majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad ini.
“Saya sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi saya tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepada saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Zed berkata, majlis itu akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1 dekat sini.
Tambah Zed, pemberian pangkat itu adalah kerana sumbangan beliau terhadap aktiviti sukarela yang dilakukan melibatkan artis menerusi Persatuan Seniman yang diterajuinya selama ini.
Katanya, ia adalah satu penganugerahan yang amat besar kerana ia sebuah penghargaan kerajaan terhadapnya melebihi anugerah seni yang diterima oleh artis-artis tempatan.
“Saya bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang saya lakukan selama ini menerusi medium seni,” katanya.

Lisa Surihani Kena Tipu

lisa-surihani-2013
Lisa Surihani dengan ditemani ibunya Amira Ahmad, telah membuat satu laporan di Balai Polis Bangi pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.”
“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.
Dalam pada itu Lisa menepis desas-desus kononnya kes tersebut turut melibatkan keluarga sebelah mertuanya.
“Kes ini tiada kena mengena dengan pihak mertua saya. Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Danielle : Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney

DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.
Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.
Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun,” tulisnya.
Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.
Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu.-sinar harian