Isnin, 7 Januari 2013


Gambar Gedik Lentik Fida Di Anugerah Juara Lagu


Fida dikatakan agak gedik semasa hadir di anugerah juara lagu.Terutama semasa posing depan kamera.Kenapa agaknya yer.Mungkin cara berpakaian bertudung dengan baju menayangkan bentuk tubuh dia kelihatan gedik kot...hermm
Dengarnya, hubungan Fida & Zalif Sidek agak renggang. Dulu elok-elok je diorang berkawan. Masing-masing dah selesa dan mengakui suka berkawan. 

Tapi ada benda yang tak enak didengari dah berlaku. Ada dengar tentang khabarnya ada orang yang tak suka melihat mereka berkawan rapat. 

Fida ada menerima mesej SMS yang memberi amaran supaya tidak berkawan dengan Zalif. Mmm… apa-apa pun yang berlaku, doakan agar hubungan mereka kembali jernih la ya
 

Ahad, 6 Januari 2013


AJL 27 : “Terukir Di Bintang” Rangkul Trofi Juara, “Ku Akui” Ungguli Anugerah!

Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27. Membawakan elemen air pada AJL yang lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi Seni’.
Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 27, hanya 4 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 27, Naib Juara Lagu 27, Tempat Ketiga Juara Lagu 27, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.
Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan anda.
Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)
Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Jumaat, 4 Januari 2013


Pertunjukkan Fesyen Kondom Di Melaka Megamall

Berikut merupakan gambar-gambar di Condom Fashion Show yang dipamerkan di Dataran Pahlawan Melaka Megamall... Perlu ke? 
Pertunjukkan Fesyen Kondom Di Melaka Megamall